-Wanita Syahidah Pertama dalam Islam-
Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah. Tidak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya, dan mencegah kezaliman atas dirinya. Sebab, dia hidup sebatang kara, sehingga dia di dalam keadaan yang menderita pada zaman jahiliyah.
Begitulah juga Yasir, menyerahkan perlindugannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Hudzaifah, sehingga akhirnya dia dinikahkan dengan kanak-kanak perempuan bernama Sumayyah. Dia hidup tenteram bersamanya. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan dua cahayamata bernama Ammar dan Ubaidullah.
Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang lelaki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah saw kepada beliau. Akhirnya, berfikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhan dalam berfikir dan fitrahnya yang lururs, maka masuklah beliau ke dalam agama Islam.
Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan nikmatnya iman yang telah sebati dalam jiwanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah saw, kemudian menawarkan kepada kedua ibu bapanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya, sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulainya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk yang pertama kalinya.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, kerana Ammar dan keluarganya tidak menafikan bahawa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat, sehingga orang-orang kafir tidak menerimanya, melainkan dengan pertentangan dan permusuhan.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyeksa mereka dengan bermacam-macam seksaan agar mereka keluar dari din (agama Islam) mereka, mereka memaksa dengan cara membawa mereka ke padang pasir yang sangat panas dan terik. Mereka mencampak Sumayyah ke sebuah tempat dan menimbusnya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad… Ahad…
Beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Yasir, Ammar, dan Bilal.
Suatu ketika Rasulullah saw menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah diseksa dengan kejam, maka beliau menadah tangan ke langit dan berkata:
“Bersabarlah wahai keluarga Yasir, karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah Jannah.”
Sumayyah mendengar seruan Rasulullah saw, maka beliau bertambah tegar dan optimis, dan dengan kewibawaan imannya dia mengulang-ulang dengan berani, “Aku bersaksi bahawa Engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahawa janjimu adalah benar.”
Begitulah, Sumayyah telah merasakan nikmat dan manisnya iman, sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang kecil dalam rangka memperjuangkan akidahnya. Di hatinya telah dipenuhi akan kebesaran Allah Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap seksaan yang dilakukan oleh para taghut yang zalim. Mereka tidak kuasa meruntuhkan keimanan dan keyakinan Sumayyah sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya, Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih ganjaran yang telah dijanjikan oleh Rasulullah saw.
Tatkala para taghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah, maka musuh Allah Abu Jahal melepaskan kemarahannya kepada Sumayyah dengan mehunus pedang yang berada dalam genggamannya kepada Sumayyah. Maka syahidlah beliau yang beriman dan suci bersih dari hatinya. Beliau adalah wanita pertama yang mati syahid dalam Islam. Beliau syahid setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan. Beliau telah menyerahkan segala apa yang beliau miliki dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi memperjuangkan imannya. “Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanannya.”

.jpg)
0 comments:
Post a Comment