[dua]
" Stop Syu!!"
Brek kecemasan ditekan kuat. Terkejut Syuhada dengan jeritan Catherine. Pandangannya tersasar ke wajah Catherine. Dilihatnya wajah Catherine.
" Kenapa Catherine? Terkejut aku tau.."
Keluh Syuhada. Dia menjenguk keluar tingkap kereta.
Tiada siapa yang kelihatan. Hanya bangunan sekolah asrama. Rumah kebajikan An-Nur. Jelas kelihatan dari tingkap bangunan itu, seorang lelaki berkopiah putih sedang termenung. Wajahnya tidak dapat diamati. Catherine hanya membisu tetapi wajahnya seakan sedang berfikir.
" Kenapa ni?", soalan yang sama diulangi lagi.
" maafkan aku Syu. Aku tertinggal dompet di rumah kau. Boleh kita berpatah balik?"
Syuhada ketawa kecil. Lantas dia berpatah semula ke rumahnya setelah setengah jam perjalanan. Catherine tetap membisu. Syuhada tidak berani lagi bertanya. 'Mungkin Catherine sedang berdebar-debar' bisik hati kecilnya. Lagu nasyid dari stesen Radio IKIM.fm berkumandang menghiasi kesunyian malam itu.
***
"Lamanya kamu berdua. Semua dah tunggu ni." Ujar Puan Zarina setelah muncul dua teman baik itu di hadapannya.
" Maafkan kami puan. Saya tertinggal dompet tadi di rumah Syuhada." wajahnya kembali jernih setelah tiba di perkarangan rumah yang janggal baginya.
" Saya ingat kamu berdua sesat tadi. Saya pula tak dapat nak hubungi kamu. Kebetulan petang tadi telefon saya rosak. Nombor kamu saya tak ingat."
jelas Puan Zarina sambil menarik tangan Catherine memasuki rumah.
" Syuhada tahu kawasan sini puan. Jadi tiada masalah bagi kami."
Langkah Catherine tiba-tiba perlahan. Catherine seakan hilang kawalan. Airmatanya berguguran jatuh ke bumi.
" Catherine, kenapa ni? Tiba-tiba saja kamu menangis." Tanya Syuhada kehairanan. Catherine terduduk jatuh ke lantai. Lututnya seakan lemah. Tidak bisa berjalan lagi. Dia tidak menjawab pertanyaan teman baiknya itu. Menangis. Menangis dan menangis.
" Catherine, kenapa ni nak?" Soal Puan Zarina pula. Dia mendongakkan muka Catherine. Sedih benar wajah gadis itu. Dia dengan lembut memapah Catherine masuk ke rumah. Syuhada turut bersedih. Dadanya sebak melihat temannya itu. Meskipun dia tidak tahu apa puncanya Catherine menangis, dia tahu hati rakannya itu sedang di duga.
***
Semua hadirin sudah tiba. Hanya tunggu seorang jemputan lagi. Catherine masih terbaring di bilik tamu. Dia masih menangis. Seperti anak kecil kehilangan ibunya. Tiba-tiba deringan telefon bimbitnya mengganggu suasana. Dengan lemah, panggilan itu dijawab lembut.
" Helo, ya saya Catherine di sini"
Catherine mengangguk-angguk. Syuhada hanya memandang penuh tanda tanya. Pelbagai pertanyaan berputar-putar di benaknya.
" Maafkan saya. Saya sudah tekad. Ini keputusan saya. Tiada siapa yang memaksa. Saya ikhlas biarpun ini kesudahannya. Saya redha..."
Bertambah ligat lagi otak Syuhada berfikir. Puan Zarina tiad adi situ. Sedang menguruskan tetamu diluar. Rupanya ini rumah adik iparnya seorang Ustaz dari Jabatan agama Islam.
" Ya, saya tetap saya. Cuma agama kita yang berbeza. Saya tidak akan paksa kamu mengikuti saya. Soal agama, ianya pilihan hati, mesti ikhlas . Kamu berhak menentukan hala tuju kamu. Saya tetap dengan keputusan saya. Dari sekolah lagi saya sudah jatuh cinta pada agama ini. Saya sudah bersedia sekarang. Maafkan saya kerana lewat menyatakan ini semua. Tapi, tidak bermakna saya menkhianati kamu. Fahamilah saya sekali ini."
Syuhada segera beredar. Baginya Catherine perlu masa bersendirian sekarang. Biarlah Catherine sendiri bercerita nanti.
***
Catherine membetulkan selendang putihnya. Indah sungguh di kepala gadis ini. Baju kurung putih bercorak merah itu kelihatan sungguh sepadan dengan tuannya. Mukanya agak tenang kali ini. Wajahnya tetap berseri biarpun bengkak di mata masih kelihatan. Seramai kira-kira 20 orang tetamu menyaksikan detik bersejarah hari itu. Syuhada seperti biasa tetap setia di sisi Catherine. Tangan Catherine di genggamnya erat. Seerat kasih sayang persahabatan mereka.
" Lā ilāha illaLlāhu Muḥammadun rasūluLlāh (لا إله إلا الله محمد رسول ال). Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu ialah pesuruh-Nya."
Catherine sedar, persaksian yang diakui di dalam rangkaian kalimah syahadah itu tadi menjadi pembeza di antara Islam dan bukan Islam. Sebab itulah betapa pentingnya setiap orang Islam memahami benar-benar pengertian dan implikasi dari kalimah syahadah ini.
Pengucapan syahadah secara jujur, dalam Bahasa Arab, di hadapan dua orang saksi Muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam. Dia tahu seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam. Dia ingat lagi ustazah disekolahnya pernah berkata pada sahabatnya yang beragama Islam.
" Syarat bagi sahnya syahadah adalah pertama, tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan. Kedua, melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain). Ketiga, mamahami makna kedua-duanya. Keempat, mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah. Kelima, menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya. Dan akhir sekali ialah, tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya." Masih segar kata-kata itu dibenaknya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia hafal kata-kata ustazahnya itu.
" Assalammu alaikum Adawiyah" Syuhada memeluk tubuh Adawiyah. Nama Islam Catherine. Airmata mereka membasahi pipi. Bahagia sekali saat itu. Hadirin hanya tersenyum melihat keakraban teman berdua dihadapan mereka.
" Adawiyah, mungkin banyak lagi dugaan dan cabaran yang akan kamu tempuhi kelak. Tapi, ingatlah, ujian itu adalah dari Allah. Mahu menduga tahap keimanan kamu kepada-Nya. Jangan sesekali kamu berputus asa. Yakini kekuasaan Allah. Selalulah berdoa. Jangan tinggalkan solat. Kerana solat itu tiang agama membezakan agama kita dengan agama yang lain. Ini nombor telefon saya. Tiap hari sabtu dan ahad jangan lupa datang ke mari. Kami menjalankan sesi kelas agama disini. Bawalah Syuhada sekali jika kamu bimbang berseorangan. Jabatan agama Islam sudah mengiktiraf persatuan ini. Kamu jangan bimbang ya. Allah pasti bersama hamba-Nya yang soleh." Ujar Ustaz Khalid kepada Adawiyah. Adawiyah hanya mengangguk tanda faham. Dia merasakan satu ketenangan yang amat sangat ketika itu. Sebuah perasaan yang tidak pernah dirasai sebelumnya.
"Ini hadiah daripada aku", bisik Syuhada di telinga.
" ingatkan nama 'Adawiyah' ini hadiah darimu? apa ni?" Bungkusan berwarna merah jambu itu di sambutnya dengan senyuman.
" Bukalah. Mak yang pilihkan tau..." kata Syuhada lagi.
Adawiyah membuka bungkusan itu berhati-hati. Senyuman makin lebar terukir.
" Terima kasih. Gembira aku dengan hadiah ini. Indah sekali" tangan Syuhada di pegangnya gembira.
" Sama-sama. Harap kau suka". Sehelai sejadah dan telekung putih bersulam merah jambu.
" Nah! ini dari saya pula," celah Puan Zarina. Adawiyah menyambut gembira. Sebuah kitab tafsir al-Quran bersaiz mini. Cantik berwarna keemasan.
"Terima kasih puan. Alhamdulillah"
Lancar sekali kalimah itu dilafazkan. Itu kali pertama Syuhada mendengar. Hajat Adawiyah untuk memeluk Islam adalah tba-tiba. Sepanjang persahabatannya dengan Adawiyah, tidak pernah sekalipun dia mendengar sahabatnya itu mengucapkan kata-kata yang bertandakan keislaman. Malahan Adawiyah begitu rajin ke gereja tiap kali ahad bertandang. Sebab itulah dia sangat terkejut berbaur gembira semasa Adawiyah mengutarakan hajatnya sebelum ini. Tidak disangka keakrabannya dengan Puan Zarina (kaunselor bebas untuk pelajar) selama ini bersebab. Adawiyah mendalami Islam senyap-senyap melalui Puan Zarina, wanita 40-an bertudung labuh itu.
Apa sekalipun Syuhada sangat bersyukur. Allah telah membuka pintu hati Adawiyah.
" Syu, tahukah kenapa aku memeluk Islam?"
Soalan itu tiba-tiba ditanya. Syuhada hanya menggeleng. Wajahnya mendambakan jawapan.
" Pertama, bagiku agama adalah sesuatu yang aku percayai, yakini dan fahami. Kedua, Islam mengajarku tentang erti persaudaraan. Ketiga, Islam bukan agama paksaan. Dan akhir sekali, aku sebenarnya kagum kesantunan, kesopanan dirimu. Personalitimu sangat menarik hatiku. Sebenarnya aku banyak belajar tentang agama Islam melalui dirimu Syu." akuan Adawiyah itu membuatkan Syuhada terdiam seribu bahasa. Tetamu kian berkurangan selepas jamuan doa selamat disempurnakan.
" Aku tidak mengerti." balas Syuhada pendek.
" Aku tidak pernah lihat kau tinggalkan solatmu, selepas solat pasti sehelai dua al-Quran kau baca. Aku juga tidak pernah lihat kau bergaul bebas dengan teman berlainan jantina kita. Aku juga tidak pernah lihat kau membuka auratmu dihadapan bukan muhrimmu. Keteguhan agama yang ada padamu membuatkan aku berfikir dan berfikir. Kau begitu anggun di mataku. Pasti agama ini begitu ideal sehingga kau bisa menjadi mawar berduri di zaman dunia yang begitu moden dan mencabar ini" tambah Adawiyah lagi.
" Aku hanya wanita biasa. Yang hanya menuruti suruhan agama sedayanya. Alhamdulillah, mak dan ayah begitu menitikberatkan soal agama dan pendidikan anak-anaknya. Usahlah memujiku. Bimbang riak pulak nanti. Alhamdulillah, kau kini saudara baruku. Teman dunia akhirat." balas SYuhada tersenyum.
" Terima kasih Syu. Kau sahabatku selamanya"
Deringan telefon bimbit Adawiyah berbunyi lagi.
"Hello. ya saya Ada.. errr...Catherine.....".
.....siapakah yang menelefon Adawiyah?... Nantikan episod seterusnya. Banyak lagi sedang menanti untuk santapan minda dan rohani anda......

Nukilan: Izza Azlina BT Mohd Asri

.jpg)