**Listen AL-QURAN**

Saturday, April 18, 2009

CERPEN BERSIRI - Aku Wanita (3)


[tiga]

Adawiyah memandang sayu wajah Syuhada. Kemudian titik jernih mulai gugur perlahan-lahan di pipinya. " Saya akan segera pulang besok " Adawiyah mengakhiri perbualannya. Syuhada memeluk erat tubuh teman baiknya itu. Di lapnya lembut airmata jernih Adawiyah. Hatinya sayu melihat wajah sedih Adawiyah. Pelbagai persoalan bertalu-talu datang menerpa.

" Kenapa Adawiyah? Sepatutnya kau gembira di hari ini. Tetapi, ku lihat hanya airmata membasahi pipimu. Mana mungkin ku bertahan melihatnya. Katakan padaku, apa masalahmu? Siapa yang call tadi?" Soal Syuhada lembut. Adawiyah menggenggam erat jari jemari Syuhada. Susah benar suaranya mahu keluar. Tiada kekuatan baginya untuk melafazkan tentang apa yang baru di dengarinya tadi.

" Parents aku, mereka meninggal dalam kebakaran. Rumahku terbakar." " Astafirullah al-azim. Mengapa begini besar beban harus kau terima sahabatku. Mari, kita pergi airport sekarang juga. Kita perlu tempah tiket dengan segera." " Bagaimana harusku menghadiri pengebumian mereka. Kami berbeda agama Syu!" Adawiyah teresak-esak. Syuhada tergamam. Otaknya ligat berputar mencari jawapan. Tiba-tiba tangan Adawiyah di tariknya. Menuju ke halaman rumah.

"ustaz Khalid...."

Melihat Adawiyah yang teresak-esak itu, Ustaz Khalid kehairanan. Hatinya bertanya-tanya. Hadirin sudah beredar pulang. Hanya beberapa ahli keluarga Puan Zarina sedang leka mengemas. Puan Zarina tidak kelihatan, mungkin berada di dapur selepas memberi hadiah kepada Adawiyah sebentar tadi.

" Adawiyah baru kehilangan keluarganya. Ibu dan bapanya terkorban dalam kebakaran ustaz." Syuhada mengesat airmatanya. Kesedihan Adawiyah turut dirasainya.


" Ya Allah, bersabarlah Adawiyah. Inilah dugaan dari Allah. Seba
gai hamba-Nya, kamu perlu banyak bersabar. Tidak mungkin Allah memberi dugaan ini kepada orang yang tak bisa melaluinya. Banyakkan berdoa dan beristifar." Adawiyah cuma mengangguk. Tangisannya kian reda. Tiba-tiba mereka bertiga di sapa lembut.

"assalammualaikum"
" Pulanglah. Islam mengharuskan umatnya menziarahi jenazah orang bukan Islam yang terdiri daripada ahli keluarga dengan syarat tidak melakukan upacara-upacara keagamaan pada masa sebelum atau selepas pengkebumian itu diadakan. Saya bisa menemani mu."

Adawiyah segera memalingkan wajahnya kepada suara itu. Terkejut. Syuhada dan Ustaz Khalid hanya memandang kehairanan. Siapakah gerangan pemuda segak berkopiah putih itu.

" Kamu, kamu Robert? Kamu juga sudah memeluk Islam? "
Soal Adawiyah.

Bertambah hairanlah Syuhada dan Ustaz Khalid. Rupanya Adawiyah mengenali pemuda itu.


" Ya. Alhamdulillah. Aku sudah 5 tahun menjadi penganut agama suci ini. Maafkan aku kerana tidak pernah memberitahumu. Maafkan aku kerana tidak pernah memberitahu aku di sini. Aku tidak mahu hubungan kita menjadi sembilu kepada kita sendiri. Aku hanya mampu melihatmu dari jauh. Puan Zarina selalu menziarahi tempatku bekerja. Dari situlah aku ketahui kehadiranmu di sini. Puan Zarina tidak pernah tahu akan kita."
Balas pemuda bernama Robert itu.

Syuhada dan Ustaz Khalid berpandangan. Tiada apa lagi da
pat ditanyakan. Sudah jelas.

" Eh, Firdaus. Datang juga kamu di sini? Saya ingatkan kamu tak sudi. " Puan Zarina yang entah dari mana datang menyapa.

" Err.... masakan bisa saya menolak jemputan puan. Lagipun puan sudah banyak membantu saya. Sebenarnya, inilah Catherine, gadis yang sentiasa dengan saya dari kecil."

" Kamu Adawiyah? Oh! Ya Allah, seperti dalam drama pula. Firdaus selalu bercerita tentang kamu. Apabila dia sering sangat bercerita tentang gadis bernama Catherine saya tercerita tentang kamu dan tunjukkan gambar kamu yang juga bernama Catherine. Tak sangka orang yang sama. Firdaus rahsiakan rupanya."


" Puan, Cat...Adawiyah perlu segera pulan ke Sabah. Ibu bapanya terkorban dalam kebakaran. Insya Allah saya akan menemaninya." Jelas Firdaus bersungguh.


" Saya juga akan menemani Adawiyah puan, ustaz." Celah Syuhada. Tangannya masih memegang erat jari jemari Adawiyah. Ustaz Khalid mengangguk. Puan Zarina memeluk tubuh Adawiyah. Kesedihan malam itu dikongsi bersama. Perasaan bercampur aduk. Mungkin inilah dikatakan tentang kehidupan. Langit tidak selalunya cerah.

**


" Maafkan saya mak dan bapak. Saya terlambat...." Pusara Mendiang John Albert dan Mendiang Maria masih merah tanahnya. Bunga- bunga mewangi di pusara. Adawiyah hanya mampu manangis.

" Catherine, maafkan pakcik. Kami terpaksa kebumikan mereka dengan segera. Upacara-upacara pengebumian abang kamu yang uruskan."

" Terima kasih pakcik. Tetapi saya kesal tidak sempat menziarahi mereka ketika mereka masih hidup. " Firdaus hanya berdiam. Syuhada memeluk tubuh sahabatnya.

" Sabarlah Adawiyah...." ujar Syhada lembut.
" Adawiyah? patutlah kamu berselendang. Memang mendiang bapak kamu ada cakap kamu mahu memeluk Islam. Dia kesal tetapi tidak mampu menghalangi. Firdaus juga sudah memeluk Islam, pakcik tidak menghalang. Lagipun, Firdaus tidak pernah mengabaikan tangungjawabnya. Mula-mula risau juga, maklumlah dia anak tunggal pakcik." Firdaus memandang sayu wajah ayahnya. wajah tua itu amat disayanginya. Selepas mendiang ibunya meninggal, dia terpaksa pergi ke Kota Kinabalu untuk melanjutkan pelajaran ke UMS. Ketika itu Adawiyah masih dibangku sekolah. Selepas tamat belajar dia berhijrah ke Kuala Lumpur menjadi kaunselor di sebuah sekolah. Di situlah dia mengenali Puan Zarina dan memeluk agama Islam setahun kemudian. Setahun kemudian, dia di tawarkan menjadi pengetua di sebuah Rumah Kebajikan An-Nur. Menempatkan anak-anak yatim dan anak-anak malang tanpa ibu dan ayah. Di situlah dia mengenali dan mengerti konsep kehidupan. Ayahnya juga kerap ke Kuala Lumpur menziarahinya. Firdaus banyak kali meminta ayahnya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. Tetapi, ayahnya selesa di kampung ditemani kenangan indah sewaktu mendiang ibunya masih hidup.

" Hey, Catherine! sekarang baru balik ka? Ku benci ada adik sepertimu. Kau lupai kami setelah memakai selendang itu. Aku kesal kerana mak dan bapak pasti bersedih jika dia ketahui tindakanmu ini. Sekarang ni gembiralah kamu, tiada orang akan menentang kamu"
Kasar sungguh bicara abang Adawiyah, Benard.

" Abang, saya tidak mahu berbincang tentang hal ini lagi. Saya buk
an mahu merahsiakan semua ini. Saya belum bersedia. Lagipun sepanjang 4 tahun di semenanjung saya belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga kita, bang. Soal agama bukan persoalannya sekarang. Saya tidak pernah lupai mak dan bapak, juga abang!"

" Saudara, maafkan saya terpaksa masuk campur. Adawiyah sangat sayangkan kamu semua. Dia bukan tidak mahu beritahu kamu tentang hal ini. Dia sedang mencari waktu yang sesuai. Maafkanlah dia." Ujar Syuhada lembut. Wajah Benard yang cerah itu kelihatan kemerahan menahan marah dan sedih.

" Kamu sama saja! kamulah agaknya menghasut dia. Selepas ini tentu dia akan melupai aku ini abang kandungnya. Urusan semua aku yang uruskan seorang. Seperti apa aku ini? Padahal aku punyai adik. Aku juga berpendidikan tetapi aku masih utuh tentang agamaku!" Wajah Adawiyah ditenungnya dalam-dalam.

" Sudahlah tu Benard. Pakcik rasa tak baik kamu berdua bergaduh di kubu mak dan bapak kamu ni. Mari pulang kita bincang baik-baik. Malu dilihat orang kampung ni." Celah pakcik mahu meleraikan perselisihan faham dua beradik yang begitu akrab sebelum ini.


" Pakcik tu lain, Robert tu anak tunggal pun pakcik sanggup terima keputusannya memeluk Islam." Balas Benard cuba mengawal marahnya. Dia sangat hormat pada orang tua itu.


" Benard, kita orang Malaysia. Masyarakat majmuk, berbeza agama dan bangsa. Tetapi, itu bukan sebab utama untuk kita berpecah belah. Apatah lagi dengan ahli keluarga kita. Mereka tetap keluarga kita walau berbeza agama. Kamu harus memahami Adawiyah.Dia sayangkan kamu. Beri dia peluang untuk berbaik-baik dengan kamu. Hanya dia adik kamu di dunia ini" pujuk pakcik.


" Ya Benard, kita sudah lama berkawan. Dari kecil kita bertiga selalu bersama. Walaupun aku jarang pulang ke kampung, aku tidak pernah melupai kamu sahabatku dari kecil walau kita berbeza agama. Kasihanilah Adawiyah. Hatinya cukup sedih sekarang ni. Fahamilah dia, dia adikmu." Firdaus memegang bahu sahabatnya itu.

" Tiada lagi yang mahu ku cakapkan. Catherine, rumah sudah musnah. Tanah itu abang fikir mahu di jadikan kawasan kebun. Abang sekarang ni tinggal di Kundasang, tak lama lagi mahu berkahwin.Kau setuju?" Tanya Benard, suaranya sudah rendah kini.

" Terpulanglah bang. Saya mahu menetap di semenanjung.Tunggu surat penempatan guru saja ni. Saya masih tinggal lagi di kampus. Lagipun, wang yang abang bagi tiap bulan mencukupi." balas Adawiyah lembut.

" Baiklah, kamu berdua bermalamlah di rumah abang di Kundasa
ng. Abang masih banyak hal di sini. Abang akan cuba mengerti dan memahamimu Catherine. Bagi abang masa. Abang cuma takut kehilangan seorang adik. Hanya kamu ahli keluarga yang abang ada. Bawa kereta abang." Benard menyerahkan kunci kereta kepada adik kesayangannya itu.

" Izinkan aku menegekori mereka dengan keretaku, Benard. Bimbang mereka tersesat." Firdaus mencelah.

" Baiklah, tolong jagakan mereka ya Ro..Firdaus. Thank you so much. And I'm sorry for everything. I'm just feeling down right now.

" Benard mengeluh.
" It's alright. you still my friend. we're friends. Aku faham perasaan kau. Kita kadang-kadang sukar mengawal emosi jika terlalu banyak sangat tekanan. Aku cuma mahu kau mengerti bahawa agama bukan penghalang untuk kita bersahabat atau berasa kehilangan keluarga." ujar Firdaus lembut. Benard mengangguk. Mereka berpelukan setelah sekian lama tidak bersua. Adawiyah menangis perlahan. Hatinya sayu dan masih bersedih. Pusara mendiang orang tuanya itu di tenungnya. Hati kecilnya seolah dicucuk-cucuk sembilu bisa. Dalam hati Adawiyah kini hanya Tuhan yang tahu. Perasaan lega mulai masuk ke jiwanya kerana keluarganya sudah tahu dia memeluk Islam. Sebagai penghormatan terakhir kepada mendiang orang tuanya, dua kuntum bunga mawar putih diletakkan di atas pusara mereka. Langkahnya lemah meninggalkan pusara-pusara itu. Syuhada hanya membisu. Dia tahu hati sahabatnya itu terlalu berduka. .....apakah kesudahan jalan hidup Adawiyah setelah memeluk Islam dan kehilangan ibu bapanya? Pastikan anda menunggu siri terakhir cerpen ini kelak......


Nukilan: Izza Azlina BT Mohd Asri

0 comments:

About Me

My Photo
not matter how hard.. i need to face it. GET better in time.