**Listen AL-QURAN**

Saturday, August 22, 2009

SOLAT GERHANA / BULAN


Solat Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim.

Maka Nabi s.a.w bersabda :

"إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينكسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فادعوا الله وصلوا حتى ينكشف ما بكم ". (رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : “Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu.”

CARANYA :

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.


NIAT SOLAT GERHANA

الخُسُوْفِ : Gerhana Bulan

الكُسُوْف : Gerhana Matahari

أُصَلِّي سُنَّةَ الخُسُوْفِ / الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

0 comments:

About Me

My Photo
not matter how hard.. i need to face it. GET better in time.