**Listen AL-QURAN**

Sunday, November 15, 2009

Apa itu Air MANI , MAZI & WADI

Air Mani , Air Mazi dan Air Wadi. Apakah yang dikatakan ketiga-tiga air ni?
Mesti ramai yang keliru atau langsung tidak pernah tahu. Jadi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel yang telah saya baca dari sebuah blog dengan rakan-rakan semua.

AIR MANI

  • Maksud Air Mani -Air mani ialah cecair putih pekat yang keluar apabila sampai kepada kemuncak syahwat. Ia bukan najis tetapi hendaklah mandi wajib bagi mensucikannya untuk membolehkan seseorang itu menunaikan ibadat..
  • Hukum jika keluar Air Mani - Hukumnya adalah wajib untuk mandi wajib. Ini bukan suatu perkara yang boleh dimain-main kan kerana tak sah segala ibadat jika badan tak suci dari hadas.
  • Bagaimana Air Mani boleh keluar - Air Mani tidak akan keluar tanpa diberi ransangan pada alat syahwat (alat sulit). Maknanya ianya keluar apabila kita terangsang yang amat sangat.
  • Pandangan mahzab terhadap air mani -Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Namun Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.

AIR MAZI 

  •  Maksud Air Mazi - Air Mazi ialah cecair jernih yang keluar disebabkan rangsangan ketika mukaddimah syahwat (di awal rasa rangsang). Ia adalah sejenis najis .
  • Hukum jika keluar Air Mazi - Tidak perlu mandi wajib.Tetapi jika ingin solat hendaklah menyucikan diri dan mengalas sesuatu kepada pakaian dalam jika berada di luar untuk beribadat.Elok jika tukar seluar dalam anda apabila hendak solat.
  • Bagaimana Air Mazi boleh keluar -Selain daripada pandangan yang memberangsangkan (melihat sesuatu yang boleh mendatangkan ransangan seperti gambar porno, wanita seksi.. dll) banyak lagi sebab kenapa aiar mazi boleh keluar. Antaranya ialah ketika membuang air besar atau kecil. Air Mazi terhasil apabila otot lantai pelvis tercengkam apabila meneran.Kadangkala cecair daripada pundi prostat juga akan terkeluar ketika membuang air besar. Ia berlaku apabila najis yang turun melalui usus menekan pundi prostat dan cecair  akan terkeluar menerusi saluran kencing.Warnanya jernih atau kelabu kekuningan.Semua perubahan ini adalah semula jadi dan bukannya penyakit..Seterusnya air mazi juga boleh terhasil semasa seseorang itu bermimpi yang menyebabkannya apabila terjaga dia terasa sesuatu cecair telah keluar,ini juga adalah sejenis air mazi.
  • Pandangan Air Mazi menurut Mazhab -Semua lama bersetuju yang air mazi ialah sejenis najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan menghisap termasuk cecair mazi ini haram atau makruh berat. para ulama juga menegaskan bahawa perlu membasuh dengan segera jika terkena air mazi tadi. Mazi dianggap najis lain yang kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi atau meminum air kencing.
  • Maklumat tambahan tentang Air Mazi - Bagi mereka yang selalu melakukan seks oral. Anda disarankan utk menghentikan perbuatan tersebut..Perbuatan seks oral ini adalah diharamkan termasuk dalam fatwa Islam di Malaysia. Diingatkan sekali lagi, air mazi adalah HARAM untuk ditelan dan ianya ADALAH NAJIS.Walaupun ada yang beranggapan bahawa yang ditelan oleh pasangan mereka adalah air mani ( suci ) tetapi bukankah sebelum keluarnya air mani itu disertakan sekali dengan air mazi? Fikir-fikirkan la.......

  AIR WADI
  • Maksud Air Wadi - Adalah air putih kental yang keluar dari kemaluan seseorang selepas buang air kecil (kencing).
  • Hukum jika keluar Air Wadi - Keluarnya air wadi maka terbatallah segala wuduk termasuk ibadat. Ianya sama seperti air mazi.Cara untuk membersihkannya ialah dengan mencuci kemaluan dan ambil semula air wuduk  kembali jika ingin solat.
  • Bagaimana Air Wadi boleh keluar - Kadangkala air wadi boleh terhasil akibat letih atau mengangkat sesuatu yang berat selain daripada bekerja di siang hari ( mungkin ketika di waktu yang panas terik)

No comments:

About Me

My Photo
not matter how hard.. i need to face it. GET better in time.